Notice: Undefined index: id in /var/www/tailorwp.com/htdocs/wp-content/plugins/seo-by-rank-math/includes/opengraph/class-image.php on line 130

Cara Dapatkan Penyata Bank Rakyat

Penyata Bank Rakyat iaitu maklumat lengkap mengenai urus niaga yang telah anda lakukan dalam tempoh masa tertentu.

Penyata bank ini mempunyai banyak fungsi, salah satunya iaitu untuk melihat rekod transaksi anda.

Jadi, penyata bank itu berbeza dengan mencetak buku simpanan.

Dalam penyata bank, terdapat maklumat yang lebih terperinci, bukan hanya perbelanjaan dan pendapatan sahaja.

e-Statement iaitu laporan transaksi akaun bank yang dapat diakses oleh pelanggan, pada bila-bila masa dan di mana sahaja, yang memungkinkan anda mendapatkan maklumat terkini, yang tentunya akan sangat membantu menguruskan perniagaan anda dan merekod transaksi perbankan anda.

Anda yang ingin print atau cetak penyata Bank Rakyat boleh melakukannya dengan pelbagai cara.

Mahu tahu? Mari lihat perbincangannya berikut.


Cara Cetak Penyata Bank Rakyat di ATM

Cara Cetak Penyata Bank Rakyat di ATM

Sila lawati ke mesin ATM Bank Rakyat terdekat dengan membawa kad ATM.

Seterusnya, ikuti langkah-langkah berikut:

  • Masukkan Kad ATM Bank Rakyat anda.
  • Masukkan PIN ATM anda.
  • Pilih Lain-Lain Urusniaga/Other.
  • Kemudian, pilih Khidmat Penyata.
  • Selepas tu, anda pilih Penyata Mini.
  • Seterusnya, anda pilih Cetak.
  • Sila ambil resit yang keluar untuk melihat mini statement Bank Rakyat.

Cara Dapatkan Penyata Bank Rakyat Online

Cara Dapatkan Penyata Bank Rakyat Online

Jika anda mahu, anda boleh dapatkan bank statement setiap bulan pada emel anda.

Tetapi anda harus mendaftar iRakyat dahulu, cara daftar akaun bank rakyat online.

Bagi anda yang tidak mempunyai kad ATM Bank Rakyat, anda boleh mendapatkan T-PIN di kaunter bersama-sama dengan MyKad untuk pengesahan.

Setelah T-PIN diterima pelanggan perlu mendaftar melalui i-Rakyat.


Cara Dapatkan T-PIN Bank Rakyat

Cara Dapatkan T-PIN Bank Rakyat

Untuk dapatkan T-PIN Bank Rakyat, sila anda ikuti langkah-langkahnya berikut:

  • Pergi ke mesin ATM Bank Rakyat terdekat untuk dapatkan T-PIN.
  • Masukkan Kad ATM dan PIN Bank Rakyat.
  • Kemudian, pilih menu Others.
  • Pilih e-Statement Registration.
  • Masukkan 6 digit T-PIN sementara.
  • Maka, T-PIN berjaya dibuat.

T-PIN perlu diambil di mesin ATM dahulu dan gunakan semasa pendaftaran dalam tempoh 24 jam.

Bagi anda yang tidak mempunyai kad ATM Bank Rakyat, anda boleh mendapatkan T-PIN di kaunter bersama-sama dengan MyKad untuk pengesahan.

Setelah T-PIN diterima pelanggan perlu mendaftar melalui i-Rakyat.


Cara Langgan Penyata Bank Rakyat Online

Cara Langgan Penyata Bank Rakyat Online

Untuk anda, yang mahu langgan penyata Bank Rakyat online. Sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Pertama sekali, login internet banking i-Rakyat.
  • Selepas tu, anda pilih menu e-Statement.
  • Kemudian, klik e-Statement Registration.
  • Masukkan T-PIN yang anda buat di mesin ATM.
  • Untuk pilihan jenis berdaftar, pilih ATM Card / Credit Card / IC.
  • Masukkan nombor ATM Card/Credit Card/IC, klik Teruskan.
  • Seterusnya, masukkan Emel dan Kata Laluan.
  • Pilih akaun e-penyata yang diperlukan, klik Teruskan.
  • e-Statement emel akan dihantar setiap bulan ke emel anda.

Cara Print Penyata Bank Rakyat Online

Cara Print Penyata Bank Rakyat Online

Lantas, bagaimana jika nak print penyata Bank Rakyat online?

Mahu tahu? Sila ikuti langkah-langkahnya berikut:

  • Pertama sekali, login internet banking i-Rakyat.
  • Pilih menu e-Statement > Pilih Account/Card.
  • Pilih penyata untuk bulan yang ingin dilihat.
  • Klik Buka/Open untuk melihat penyata Bank.
  • Kemudian, klik Save dan Print.

Itulah pelbagai cara bagaimana nak dapatkan penyata Bank Islam dengan cepat dan pantas.

Selamat mencuba dan semoga dapat membatu serta bermanfaat. 😀