Penyata bank iaitu laporan yang diberikan oleh bank kepada pemilik akaun bank.
Penyata bank mengandungi maklumat mengenai transaksi yang dibuat oleh bank di akaun serta laporan baki akaun.
Penyata bank memberikan catatan semua kos anda terutamanya jika anda menggunakan cek, kad debit, atau kad kredit sebagai kaedah pembayaran pilihan anda.
Penyata bank memberikan maklumat di mana dan jenis wang yang anda keluarkan.
Jika anda ingin membuat bajet tetapi tidak tahu berapa banyak wang yang akan diperuntukkan ke dalam setiap kategori kos, penyata bank boleh menjadi sumber rujukan yang tepat.
Penyata Bank CIMB Online
e-Statement adalah versi PDF penyata akaun bulanan anda.
Anda mempunyai pilihan untuk memuat turunnya dari CIMB Clicks atau menghantarnya ke emel anda.
Bank CIMB mendorong pelanggan untuk menjadi mesra alam dengan memilih e-Statement.
Perkhidmatan tanpa bayaran (PERCUMA) ini dijamin dengan ciri keselamatan terkini dan hanya dapat diakses melalui CIMB Clicks.
e-Statement tersedia untuk:
- Penyata Gabungan (hanya berlaku untuk pelanggan Perbankan Swasta, CIMB Preferred dan Prime).
- Akaun Terkini atau Current Account.
- Akaun Semasa Mata Wang Asing atau Foreign Currency Current Account.
- Akaun Simpanan atau Savings Account.
- Akaun EcoSave atau EcoSave Account.
- Deposit tetap atau Fixed Deposit.
- Deposit Tetap Mata Wang Asing atau Foreign Currency Fixed Deposit.
- Pinjaman atau Loan.
- Pengurusan kekayaan atau Wealth Management.
- Kad kredit atau Credit Card.
Cara Dapatkan Penyata Bank CIMB Online
Bagi anda yang ingin mendapatkan penyata bank CIMB secara online, boleh gunakan internet banking CIMB Clicks.
Berikut adalah langkah-langkah untuk print penyata bank CIMB melalui CIMB Clicks:
- Pertama sekali, anda log masuk CIMB Clicks.
- Pilih My Accounts > Account Type SA PASSBOOK/ECOSAVE SA-i.
- Klik 3 tanda bertitik, pilih View/Download eStatement.
- Pilih bulan yang ingin anda lihat, klik Search.
- Muat turun penyata.
Atau, anda boleh gunakan kaedah berikut:
- Log masuk CIMB Clicks.
- Pilih My Accounts > eStatemet > View eStatement.
- Pilih Bulan Statement.
- Muat turun Statement.
Selain tu, terdapat juga kaedah lain yang dapat anda gunakan:
- Pertama sekali, korang login CIMBClicks macam biasa.
- Seterusnya, klik SERVICES.
- Kemudian, klik VIEW STATEMENT untuk lihat penyata bank.
- Selepas tu, pada bahagian View eStatement, korang klik Deposit, Loan/Financing, Investment.
- Boleh pilih korang nak eStatement CIMB bulan ke berapa. Contoh: Pilih untuk bulan September 2023.
- Untuk muat turun penyata bank korang hendaklah menggunakan komputer riba. Bukan menggunakan apps CIMB Clicks. Dan pastikan korang mempunyai Adobe Reader Software untuk view penyata bank CIMB.
Cara Langgan Penyata Bank CIMB
Adakah anda ingin mendapatkan statement bank CIMB melalui emel anda setiap bulan?
Berikut langkah-langkah cara dapatkan statement bank CIMB melalui emel:
- Pertama sekali, log masuk CIMB Clicks.
- Pilih My Accounts > eStatement > Email Statement Delivery.
- Masukkan alamat Emel dan Kata Laluan.
- Kemudian, terima Terma dan Syarat.
- Selesai.
Faq Bank Statement CIMB
Bagi anda yang ingin mendapatkan penyata bank statement CIMB melalui CIMB Clicks, kami syorkan untuk membuka CIMB Clicks dalam browser komputer riba seperti:
- Google Chrome.
- Firefox.
- Edge.
- Safari.
- Dan lain-lain.
Kalo anda bukak CIMB Clicks guna browser di telefon bimbit, sila setting desktop view dekat browser.
1. Kalo Belum Daftar CIMB Click Macam Mana?
Kalo belum daftar CIMB Clicks boleh lawati bank dengan membawa buku bank untuk minta statement bank atau sila daftar CIMB Clicks dahulu.
2. Adakah Bank Statement CIMB Terhad?
Bank statement CIMB sekarang, tak terhad untuk 3 bulan terkini sahaja. Anda boleh pilih penyata bula berapa yang anda mahu.
Itulah pelbagai cara bagaimana nak dapatkan penyata bank CIMB dengan cepat dan pantas.
Selamat mencuba dan semoga dapat membantu serta bermanfaat. 😀
Originally posted 2022-01-25 12:48:05.