Internet Banking UOB atau UOB Personal Internet Banking adalah perkhidmatan dari bank UOB Malaysia yang memudahkan setiap pelanggannya.
Kenapa? Kerana, supaya dapat mengakses pelbagai perkhidmatan perbankan secara online.
Internet banking UOB memudahkan setiap pelanggan untuk melakukan transaksi kewangan di mana sahaja dan bila-bila masa sentiasa berkaitan dengan sambungan internet.
Oleh itu, internet banking UOB sangat berguna bagi mereka yang mempunyai mobiliti tinggi dengan akses penuh selama 7×24 jam.
Lantas, bagaimana cara daftar UOB Internet Banking? Mahu tahu? Mari lihat perbincangan berikut ini.
Contents
Syarat Daftar UOB Internet Banking
Untuk mendaftar internet banking anda hanya perlu memiliki 2 syarat sahaja, iaitu:
- Nombor telefon berdaftar dengan bank untuk menerima SMS-OTP.
- Nombor Credit/Debit Card dengan PIN.
Cara Daftar UOB Internet Banking
Mendaftar Internet Banking UOB secara online dapat anda lihat caranya seperti berikut:
- Pertama sekali, sila buka laman rasmi web UOB Internet Banking.
- Kemudian, anda klik butang Register Now.
- Sila masukkan maklumat yang dipaparkan pada skrin seperti:
- Identification Number Type:
– Negara
– Email
– Tarikh lahir
– Introducer details (Optional)
– Introducer Branch (Optional)
– Check/centang agreement - Masukkan kod OTP yang dihantar ke nombor telefon anda, klik Next.
- Masukkan nombor card/debit dan digit PIN anda, klik Next.
- Sila buat username dan password yang anda inginkan, klik Register.
- Berjaya.
Cara Aktifkan UOB Internet Banking
Sekiranya anda sudah menyelesaikan langkah cara daftar UOB internet banking,, sekarang anda perlu aktifkan perkhidmatan ini.
- Pertama sekali, sila buka laman rasmi UOB Internet Banking.
- Kemudian, anda masukkan Username dan klik Submit.
- Selepas tu, anda klik Proceed untuk membuat kata keselamatan.
- Masukkan kata keselamatan yang anda inginkan, maksimum 5 sampai 25 alphanumeric characters, klik Save.
- Masukkan kod OTP yang dihantar ke nombor telefon anda, klik Confirm.
- Selesai.
Selepas anda berjaya daftar UOB Online Banking, sekarang adan boleh membuat semak baki akaun UOB bank online.
Sekiranya anda mendapat masalah, sila hubungi customer service UOB bank melalui:
- Private Banking +6 03-2612 8080
- Privilege Banking:
– Within Malaysia 1800 889833
– From Overseas +6 03-2612 3312
Kelebihan Internet Banking UOB
Berikut, terdapat beberapa kelebihan yang ditawarkan oleh pihak bank UOB mesti anda ketahui:
- UOB menawarkan kemudahan pengarkiban setiap penyata bank secara elektronik dalam tempoh 5 tahun sejak menjadi pelanggan UOB Bank.
- Boleh menjimatkan kos transaksi sehingga 50% apabila membeli barangan atau menghantar wang melalui online. Untuk mendapatkan kelebihan ini, hanya mendaftar sebagai pelanggan kad kredit atau pelanggan simpanan bank UOB.
- Perbankan internet bank UOB juga menawarkan kemudahan dalam setiap transaksi di mana anda boleh membuat transaksi pembayaran di lebih daripada 300 peniaga yang telah bekerjasama.
- Transfer dan menerima wang instant.
- Boleh diakses selama 24×7.
- Limit transfer tinggi.
- Nikmati yuran percuma.
- Anda boleh menetapkan transfer wang di masa depan dan berulang.
Itulah beberapa maklumat terkini bagaimana nak buat internet banking UOB secara online.
Semoga maklumat yang kami kongsi boleh bermanfaat. Semoga berjaya! 😀