Cara Daftar Mae Maybank

imej cover cara daftar mae maybank

Cara Daftar Mae Maybank – MAE Maybank ialah salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Maybank kepada pengguna Maybank dan pengguna bank lain tanpa memerlukan akaun Maybank.

Banyak yang bertanya bagaimana untuk mendaftar dan menggunakan MAE Maybank, berikut ini kami akan kongsikan langkah-langkah pendaftaran dan maklumat lengkap mengenai MAE Maybank.

Cara Daftar Mae Maybank Bagi Pengguna Maybank2u

Semak cara register mae maybank bagi pengguna maybank2u berikut,

1. Bagi pengguna Maybank, apabila anda membuka aplikasi MAE, anda perlu memilih ‘Existing M2U’ dan log masuk ke akaun Maybank2u anda seperti biasa. Kemudian klik pada tab ‘More’ dan pilih ‘Apply’.

Imej langkah 1 cara daftar mae maybank bagi pengguna maybank2u
Imej langkah 1 cara daftar mae maybank bagi pengguna maybank2u

2. Klik ‘Apply for MAE’ untuk memulakan pendaftaran. Setelah selesai, klik ‘Next’.

Imej langkah 2 cara daftar mae maybank bagi pengguna maybank2u
Imej langkah 2 cara daftar mae maybank bagi pengguna maybank2u

3. Masukkan semula kata laluan Maybank2u anda. Di sini, anda perlu mengisi alamat e-mel dan kod ABA09065 untuk memperoleh RM3 secara percuma.

Imej langkah 3 cara daftar mae maybank bagi pengguna maybank2u
Imej langkah 3 cara daftar mae maybank bagi pengguna maybank2u

4. Setelah selesai, akaun MAE anda akan diaktifkan.

Imej langkah 4 cara daftar mae maybank bagi pengguna maybank2u
Imej langkah 4 cara daftar mae maybank bagi pengguna maybank2u

Jadi, sebagai pengguna Maybank, anda boleh menggunakan akaun Maybank atau akaun e-wallet MAE anda dalam satu aplikasi sahaja.

Cara Daftar Mae Tanpa Akaun Maybank

Semak cara buat akaun mae maybank tanpa akaun maybank,

1. Buka aplikasi MAE di telefon pintar anda. Jika anda bukan pengguna Maybank, di halaman utama pilih ‘Apply For MAE Account’. Pada bahagian kod rujukan, masukkan ‘ABA09065’ untuk memperoleh RM3 secara percuma.

imej langkah 1 cara daftar mae tanpa akaun maybank
imej langkah 1 cara daftar mae tanpa akaun maybank

2. Kemudian, lengkapkan butiran peribadi seperti nama penuh dan nombor telefon dan klik ‘Continue’.

imej langkah 2 cara daftar mae tanpa akaun maybank
imej langkah 2 cara daftar mae tanpa akaun maybank

3. Untuk proses pengesahan, anda perlu mengambil gambar kedua-dua bahagian kad pengenalan MyKad anda. Setelah selesai, pergi ke proses seterusnya dengan mengklik pada ‘Continue’.

imej langkah 3 cara daftar mae tanpa akaun maybank
imej langkah 3 cara daftar mae tanpa akaun maybank

4. Cipta ID Maybank2u anda dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan. Anda perlu mengingatinya kerana ia akan digunakan pada setiap masa. Jangan dedahkan kepada orang lain.

imej langkah 4 cara daftar mae tanpa akaun maybank
imej langkah 4 cara daftar mae tanpa akaun maybank

5. Sekiranya selesai, akaun anda kini sudah aktif dan boleh digunakan. Anda boleh membuat tambahan nilai terlebih dahulu untuk proses pembayaran yang akan datang. Selesai!

imej langkah 5 cara daftar mae tanpa akaun maybank
imej langkah 5 cara daftar mae tanpa akaun maybank