Cara Daftar I Akaun Di Kiosk Kwsp

imej cover cara daftar i akaun di kiosk kwsp

Cara Daftar I Akaun Di Kiosk Kwsp – Bagi mereka yang tidak mengetahui, pendaftaran program i-Sinar telah dibuka oleh kerajaan pada 21 Disember yang lalu.

Jika anda ingin mendaftar akaun i-Sinar, cara yang paling mudah adalah dengan membuat pendaftaran di kiosk KWSP.

Mengapa begitu? Ini kerana membuat pendaftaran di kiosk KWSP lebih mudah, kerana anda tidak perlu membuat temujanji atau beratur untuk mendaftar akaun i-Sinar anda.

Selain itu, untuk pendaftaran pertama kali, anda perlu memasukkan kod TAC dan membuat pengesahan cap jari untuk menghasilkan kod pengaktifan.

Perkhidmatan Yang Disediakan Kiosk Kwsp

Kiosk KWSP menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti:

  • Pengaktifan kod TAC
  • Pendaftaran sebagai ahli baru
  • Pendaftaran akaun i-Akaun
  • Cetakan penyata KWSP
  • Semakan profil
  • Kemaskini profil

Semak Lokasi Kiosk Kwsp

Untuk menggunakan perkhidmatan kiosk KWSP, anda perlu mengetahui lokasi kiosk KWSP yang berdekatan dengan anda.

Berikut adalah cara untuk menyemak senarai lokasi kiosk KWSP berdekatan:

1. Layari laman web KWSP.

2. Klik pada bahagian “Hubungi Kami”.

3. Pilih “Pejabat dan Kios”.

Imej langkah 1 cara semak lokasi kiosk kwsp
Imej langkah 1 cara semak lokasi kiosk kwsp

4. Pilih negeri yang anda ingin semak lokasi kiosknya.

5. Pilih “Pihak Ketiga Kios” di bahagian “Jenis” dan klik “Carian”.

Imej langkah 2 cara semak lokasi kiosk kwsp
Imej langkah 2 cara semak lokasi kiosk kwsp

6. Senarai kiosk KWSP yang terdapat di negeri yang dipilih akan dipaparkan. Anda boleh mencari lokasi kiosk yang berdekatan dengan anda.

Cara Daftar I Akaun Kwsp Di Kiosk

Untuk mendaftar i-Akaun di kiosk KWSP, langkah-langkah berikut perlu diikuti:

  • Langkah 1
imej langkah 1 Cara Daftar I Akaun Kwsp Di Kiosk
imej langkah 1 Cara Daftar I Akaun Kwsp Di Kiosk
  • Masukkan kad pengenalan dan nombor telefon yang masih aktif. Kemudian, gunakan cap jari untuk diimbas.
  • Selepas 10 saat, kertas berisi nombor ID akan dicetak. KWSP akan menghantar kata laluan melalui mesej ke telefon anda.
  • Langkah 2
  • Masukkan semula kad pengenalan pada kiosk dan gunakan cap jari untuk diimbas lagi.
  • Pilih “Semak Penyata”, dan satu kertas penyata akaun 1, penyata akaun 2, dan baki keseluruhan akan dicetak.
  • Langkah 3
  • Pasang aplikasi i-Akaun Mobile KWSP pada telefon anda: Apple Play Store Google App Store PERHATIAN: Jangan terpedaya dengan aplikasi palsu yang tidak dibangunkan oleh KWSP.
imej aplikasi palsu
imej aplikasi palsu
  • Masukkan nombor ID dan kata laluan yang diterima sebelumnya.
  • Masukkan semula nombor ID, dan buat kata laluan baru yang anda pilih. Anda boleh menggunakan cap jari sebagai kata laluan jika telefon anda mempunyai fungsi itu.
imej langkah 3 Cara Daftar I Akaun Kwsp Di Kiosk
imej langkah 3 Cara Daftar I Akaun Kwsp Di Kiosk (i akaun kwsp register)

Sekarang, i-Akaun anda telah aktif dan siap digunakan.

imej i akaun berjaya
imej i akaun berjaya