Ramai sekali pelanggan yang tak tahu bagaimana acara nak daftar Hong Leong Connect.
Sebab itulah, jika anda pergi ke cawangan bank Hong Leong ramai orang beratur untuk melakukan aktiviti perbankan, seperti transfer wang, tarikh tunai, dan lan-lain.
Perkara tersebut tentu membuat beberapa orang kesal, sehingga malas untuk melakukan aktiviti perbankan.
Bagi anda yang termasuk sebagai orang malas, sebaiknya sila registrasi online Banking Hong Leong Bank.
Perkhidmatan perbankan ini boleh menjimatkan masa, sehingga dapat membantu anda sekiranya memerlukan transaksi penting mahupun kecemasan.
Lantas, bagaimana cara untuk daftar Online Banking Hong Leong Bank? Mari lihat perbincangannya berikut.
Contents
Syarat Daftar Online Banking Hong Leong
Sebelum anda mendaftar perkhidmatan Hong Leong Bank Connect, pastikan anda telah mempunyai beberapa terma dan syarat yang diperlukan, seperti:
- Nombor Kad Pengenalan atau Pasport anda sebagai pengenalan.
- Kad Debit/Kredit dengan nombor PIN 6-digit, atau nombor Akaun.
- Nombor telepon yang berdaftar untuk menerima 6-digit Kod Kebenaran Transaksi (TAC) melalui SMS untuk pengesahan.
- Jika anda mahu kemas kini atau daftar nombor mudah alih anda, sila kunjungi mana-mana cawangan Hongleong yang berdekatan.
Selain terma dan syarat tadi, anda juga mesti memerlukan salah satu produk berikut ini:
- Kad Debit.
- Kad Kredit.
- Akaun Tetap atau Simpanan.
- Akaun Pembiayaan.
Cara Daftar Akaun Hong Leong Bank Online Banking
Terdapat beberapa cara yang dapata anda gunakan untuk mendaftar akaun Hong Leong Bank, iaitu:
1. Cara Daftar Akaun Hong Leong Bank Secara Online
Sebelum melakukan pendaftaran Hong Leong Connect, kami syorkan anda mendaftar menggunakan komputer riba dan pastikan sambungan internet anda cukup laju.
Seterusnya, sila ikuti langkah-langkahnya berikut ini:
- Pertama sekali, layari laman rasmi https://s.hongleongconnect.my.
- Kemudian, anda klik Register Online Banking.
- Masukkan Jenis Pengenalan dan Nombor Pengenalan.
- Masukkan Nombor Kad dan PIN Kad dan Imej keselamatan.
- Masukkan kod TAC yang diterima melalui SMS atau mesej.
- Selepas tu, cipta Nama Pengguna yang anda inginkan.
- Seterusnya, cipta Kata Laluan anda.
- Pilih Gambar Keselamatan.
- Cipta Soalan Keselamatan.
- Tahniah, pendaftaran selesai.
2. Cara Daftar Akaun Hong Leong Bank Melalui Aplikasi
Jika anda mempunyai telepon bimbit Android atau iPhone, anda boleh cuba perkhidmatan mobile banking HLB yang dapat membantu anda melakukan aktiviti perbankan.
Berikut langkah-langkah register mobile banking Hong Leong Connect, iaitu:
- Muat turun Hong Leong Mobile Banking di Google Playstore atau App Store.
- Lancarkan aplikasi Connect dan pilih Daftar Sini.
- Masukkan Jenis Pengenalan dan Nombor Pengenalan dan Alamat EMel.
- Masukkan kod TAC yang diterima melalui SMS.
- Selepas tu, cipta Nama Pengguna yang anda inginkan.
- Kemudian, cipta Kata Laluan anda.
- Seterusnya, pilih Gambar Keselamatan.
- Akui Terma dan Syarat.
- Cipta Soalan Keselamatan dan Jawapan Keselamatan.
- Pendaftaran selesai.
Originally posted 2021-01-09 23:00:43.