Cara Daftar Go Bank Islam

imej cover cara daftar go bank islam

Cara Daftar Go Bank Islam – Artikel ini akan membincangkan langkah-langkah mudah untuk mendaftar aplikasi perbankan mudah alih Go bank islam.

Dengan aplikasi ini, anda dapat menguruskan akaun bank anda, membuat pembayaran dan pemindahan wang secara mudah dan cepat.

Ikuti panduan ini untuk mendaftar dan mula menggunakan aplikasi Bank Islam Go dengan mudah.

Syarat Daftar Go Bank Islam

Berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk layak mendaftar perbankan internet Bank Islam:

  1. Anda mesti berumur 18 tahun ke atas.
  2. Anda perlu mempunyai akaun peribadi atau akaun semasa yang telah didaftarkan di Bank Islam.
  3. Jenis akaun yang didaftarkan mestilah berbentuk pemilik tunggal.
  4. Anda perlu mempunyai kad debit atau kad ATM Bank Islam.
  5. Anda perlu mempunyai nombor PIN ATM yang telah diaktifkan.

Register Go Bank Islam

Untuk mendaftar perbankan internet Bank Islam (cara daftar bank islam go), ikuti langkah-langkah berikut:

1. Buka laman web rasmi Bank Islam di https://www.bankislam.biz.

2. Klik pada butang “FIRST TIME USER”.

Imej langkah 1 register go bank islam
Imej langkah 1 register go bank islam

3. Baca terma dan syarat dan tandakan kotak kecil untuk bersetuju.

Imej langkah 2 register go bank islam
Imej langkah 2 register go bank islam

4. Pilih “ATM/Debit Card”.

Imej langkah 3 register go bank islam
Imej langkah 3 register go bank islam

5. Masukkan nombor Kad ATM/Kad Debit 16 digit dan nombor pin ATM anda.

Imej langkah 4 register go bank islam
Imej langkah 4 register go bank islam

6. Cipta USER ID, kata laluan, dan maklumat lain yang diperlukan.

Imej langkah 5 register go bank islam
Imej langkah 5 register go bank islam

7. Semak dan sahkan maklumat anda dengan mengklik “Confirm”.

8. Anda akan menerima notifikasi setelah berjaya mendaftar untuk Bank Islam Internet Banking.

Cara Transfer Duit Go Bank Islam

Jika anda telah memuat turun aplikasi Go Bank Islam dan ingin membuat pemindahan wang secara terus, ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Buka aplikasi Go Bank Islam dan log masuk ke akaun Go Bank Islam yang telah didaftarkan dengan memasukkan kata laluan anda.
  2. Pilih menu Transfers. Tekan butang Other Account pada logo DuitNow.
  3. Pada paparan seterusnya, pilih New Transfer. Pilih Account Number dan pilih bank yang diingini.
  4. Isikan jumlah wang, nombor akaun penerima dan rujukan penerima. Kemudian, klik kotak I agree to the Terms & Condition.
  5. Tekan butang Continue dan semak butiran penerima. Sekiranya betul, klik Transfer Now. Sahkan transaksi tersebut dengan menekan butang Approve.
  6. Klik butang Share untuk menghantar resit transaksi.
  7. Transaksi pemindahan wang anda sudah selesai!

FAQ

Apa yang terjadi bila memasukkan kata laluan sebanyak 3 x berturut-turut ?

Untuk menyahsekat ID Pengguna anda, anda perlu menghubungi Pusat Panggilan Bank Islam di talian 03 – 26 900 900.

Bolehkah saya menukar had transaksi menggunakan aplikasi Go Bank Islam?

Anda juga boleh menukar had transaksi mudah alih anda melalui Quick Menu > Settings > Transaction Limit