Cara Daftar E Kasih

imej cover cara daftar e kasih

Cara Daftar E Kasih – Sistem eKasih ialah sistem pangkalan data kemiskinan negara yang memuatkan maklumat mengenai kemiskinan termasuk profil individu.

Program dan bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan, serta permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program atau bantuan tersebut.

Melalui data yang terdapat dalam sistem eKasih, pengguna boleh:

  1. Memeriksa status kemiskinan secara dalam talian
  2. Menyelaraskan maklumat bantuan
  3. Kemaskini maklumat kemiskinan secara dalam talian
  4. Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  5. Menjana laporan dan statistik kemiskinan
  6. Pemetaan kemiskinan dan pemantauan kemiskinan.

Syarat Kelayakan Penerima Bantuan E Kasih

Imej rujukan PGK
Imej rujukan PGK (semakan e-kasih dan cara daftar permohonan maklumat kemiskinan)

Untuk memohon bantuan eKasih 2022, seseorang dianggap layak jika pendapatan mereka di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu sekitar RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar) sebulan.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) adalah pendapatan bulanan isi rumah yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali.

Untuk maklumat yang lebih terperinci, berikut adalah PGK semasa mengikut negeri:

Maklumat Sokongan Pendaftaran E Kasih

Untuk memohon bantuan eKasih 2022, pemohon harus mengisi 9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), iaitu:

  1. Butiran KIR dan AIR
  2. Lokasi
  3. Alamat kediaman
  4. Pendidikan
  5. Kemahiran dan pekerjaan
  6. Harta
  7. Kesihatan
  8. Bantuan
  9. Pendapatan

Agensi pemberi bantuan menggunakan data eKasih untuk mengenal pasti orang yang layak menerima bantuan berdasarkan pada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

Proses Permohonan E Kasih

Anda bisa semak permohonan e kasih dibawah sebagai berikut,

IMEJ Proses Permohonan E Kasih
IMEJ Proses Permohonan E Kasih

Cara Daftar Permohonan E Kasih

Orang yang ingin mendaftar boleh merujuk ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).

Orang awam boleh mengunjungi Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah terdekat atau menghubungi melalui telefon, surat atau e-mel rasmi untuk mendaftar (cara daftar e kasih online).

Mereka juga boleh melaporkan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

Senarai Nombor Telefon Untuk Tujuan Pendaftaran E Kasih

imej Senarai Nombor Telefon Untuk Tujuan Pendaftaran E Kasih
imej Senarai Nombor Telefon Untuk Tujuan Pendaftaran E Kasih (cara daftar bantuan e kasih)

Terdapat senarai nombor telefon yang boleh dihubungi bagi tujuan pendaftaran seperti berikut:

  1. PPN Perlis: 04-9731976
  2. PPN Kedah: 04-7209236
  3. PPN Pulau Pinang: 04-2185700
  4. PPN Perak: 05-2497400
  5. PPN Selangor: 03-55213600
  6. PPN Wilayah Persekutuan: 03-40420260 / 61
  7. PPN Negeri Sembilan: 06-7659945
  8. PPN Melaka: 06-3333333
  9. PPN Johor: 07-2234777
  10. PPN Pahang: 09-5178208
  11. PPN Terengganu: 09-6272000
  12. PPN Kelantan: 09-7455000
  13. PPN Sarawak: 082-446582
  14. PPN Sabah: 088-484800