Cara Daftar Bigpay – Pernah dengar tentang BigPay daripada AirAsia? Jika menggunakan BigPay, transaksi akan menjadi lebih murah, terutama jika di luar negara.
Ini kerana BigPay bekerjasama dengan MasterCard dan tidak ada yuran tambahan untuk kadar pertukaran.
Tertarik untuk mencuba? Ikuti panduan di bawah untuk mendaftar BigPay secara online.
Syarat Register Bigpay
Anda perlu berusia 18 tahun atau ke atas dan menjadi warganegara atau penduduk tetap Malaysia untuk mendaftar BigPay.
Pendaftaran BigPay adalah percuma, tetapi anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM20 sebagai syarat mendaftar.
Namun, jangan risau, wang tersebut adalah 100% milik anda dan akan dimasukkan ke dalam akaun BigPay anda tanpa caj tambahan.
Cara Daftar Bigpay Online
Berikut adalah langkah-langkah untuk cara nak daftar bigpay secara online:
- Muat turun aplikasi Big Pay – Challenge Banking di Google Play Store untuk Android atau App Store untuk iOS.
- Buka aplikasi setelah muat turun.
- Klik pada butang ‘Sign Up’.
- Pilih negara tempat tinggal anda.
- Pada bahagian ‘No Telefon’, pilih kod negara untuk nombor telefon anda. Sekiranya anda adalah warganegara Malaysia, pilih +60.
- Klik butang ‘Send Code’, masukkan kod OTP anda pada bahagian ‘Enter your OTP’.
- Cipta kod keselamatan akaun anda (passcode) dan sahkan semula passcode tersebut.
- Semak terma dan syarat dengan klik ‘Terms & Conditions’. Kemudian tandakan pada kotak.
- Klik ‘I accept’ untuk meneruskan proses pendaftaran BigPay.
- Isikan maklumat peribadi pada laman seterusnya.
- Klik ‘Next’ selepas selesai mengisi maklumat peribadi.
- Anda akan menerima mesej ‘Verification in progress’. Pendaftaran anda sedang diproses dan ia akan mengambil masa sehingga 48 jam.
- Setelah pendaftaran anda diluluskan, anda perlu memasukkan RM20 ke dalam akaun anda.
- Anda boleh melakukannya dengan online banking.
- Kemudian, tunggu kad Big Pay untuk dihantar ke alamat anda melalui pos.
- Ikuti prosedur seterusnya untuk mengaktifkan kad anda. Proses pendaftaran anda akan selesai.
Cara Aktifkan Kad Bigpay
Berikut adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan kad BigPay anda:
- Selepas menyelesaikan semua proses pendaftaran, anda perlu menunggu selama kira-kira 5 – 7 hari bekerja untuk kad BigPay dihantar ke rumah anda.
- Apabila kad BigPay sudah sampai ke rumah, buka aplikasi BigPay anda.
- Masukkan nombor CVV yang terdapat di bahagian belakang kad BigPay anda.
- Kad BigPay anda kini sudah AKTIF dan boleh digunakan.
Kelebihan Bigpay
Ini adalah beberapa kelebihan menggunakan dompet elektronik / E wallet BigPay:
- Satu kegunaan utamanya ialah membolehkan pertukaran mata wang asing secara digital.
- Selain itu, pengguna mempunyai lebih banyak fleksibiliti dalam menggunakan wang kerana aplikasi ini dilengkapi dengan aplikasi mudah alih dan Mastercard yang berfungsi seperti kad prabayar.
- Sebagai contoh, aplikasi ini sangat sesuai untuk pengguna yang sering melakukan perjalanan ke Singapura atau Indonesia atau menghantar wang ke negara-negara tersebut.