Cara Daftar Akaun MyBSN

Pendaftaran internet banking adalah langkah pertama setiap pelanggan agar dapat menikmati kemudahan perkhidmatan internet banking.

Ini juga mesti dilakukan oleh pelanggan Bank BSN. Salah satu bank dari Malaysia juga telah menjalin kerjasama dengan pelbagai bank besar di Malaysia.

Oleh itu, bagi anda warga Malaysia yang ingin membuat transaksi. Anda boleh menggunakan perkhidmatan internet banking.

Itulah sebabnya, anda perlu tahu cara mendaftar untuk internet banking BSN terlebih dahulu.


Apa Itu MyBSN

Sebagai pelanggan baharu, tentu sahaja anda ingin mengetahui sebetulnya apa itu MyBSN?

MyBSN iaitu portal internet yang mengandungi semua perkara tentang bank BSN, termasuklah maklumat korporat serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

MyBSN menawarkan pelbagai ciri yang sangat bermanfaat, seperti:

  • Check Baki.
  • Transfer Dana.
  • Bayar Bil.
  • Bayar Kad Kredit.
  • Beli SSP.
  • Beli PIN.
  • Topup.
  • Dan lain-lain.

Sebelum dapat menggunakan perkhidmatan MyBSN, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.

Apakah perkhidmatan MyBSN ini percuma? Tentu sahaja percuma, jadi tak perlu risau.


Perkhidmatan Internet Banking MyBSN

Berikut adalah perkhidmatan yang terdapat di Internet Banking Bank BSN, iaitu:

  • Balance enquiry.
  • Fund Transfer.
  • Bill Payment.
  • Credit Card Payment.
  • Credit Card PIN Request.
  • Debit Card:
    – Update Purchase Limit.
    – Update Overseas Transaction Status.
    – Update Online Purchase Status.
  • Report Lost/Stolen Card.
  • e-SSP Savings.
  • PIN Purchase:
    – Further your studies to higher level? Purchase your Unique ID No or PIN No online. Only from BSN.
  • Prepaid Reload.
  • Standing Instruction:
    – Manage your periodic payments to BSN accounts and other Banks’ accounts online.
  • Financing Payment:
    – You can make payments to all BSN Loan accounts (Personal Loan, Home Loan and Hire Purchase).
  • e-Statement Download.
  • Online Application.
  • Application for e-Saver.
  • Apply for Credit Card.
  • Secured Message Inbox.

Cara Daftar Akaun MyBSN Internet Banking Online

Setelah mengenal beberapa kelebihan dari Internet Banking BSN, sila anda mendaftarkan akaun menjadi internet banking BSN.

Caranya mudah, sila anda ikuti langkah-langkahnya berikut:

  • Pertama sekali, lawati laman web rasmi https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
  • Kemudian, klik butang First Time Registration.
    Cara ke-1 Daftar Akaun MyBSN Internet Banking Online
  • Accept Terms & Conditions dengan cara scroll bawah, lepas tu klik NEXT.
    Cara ke-2 Daftar Akaun MyBSN Internet Banking Online
  • Masukkan nombor kad debit/kredit, PIN (Kad Debit Sahaja), bulan ramat dan CVV2.
  • Jika anda warganegara Malaysia sila isikan New Ic Number. Bagi yang guna passport (tak punya IC), pilih Millitary IC/Passport number.
    Cara ke-3 Daftar Akaun MyBSN Internet Banking Online
  • Masukan butiran username yang anda mahu, Password (mesti lebih dari 8 angka), kod OTP dan Online Image.

Kod OTP ini, di dapatkan dari nombor telefon yang berdaftar semasa proses pendaftaran akaun bank BSN dahulu.

Jika anda tidak mempunyai komputer riba atau komputer, anda juga dapat mendaftar akaun MyBSN melalui telefon bimbit anda.


Cara Login BSN Online MyBSN

Selepas anda berjaya mendaftar perkhidmatan BSN online banking, sekarang anda boleh cuba log masuk MyBSN.

Langkah cara login BSN online boleh anda ikuti berikut:.

  • Buka website rasmi BSN di https://www.mybsn.com.my
  • Masukkan UsernamePassword dan Online Image anda. Klik Login.
    Cara Login BSN Online MyBSN
  • Sila masukkan data peribadi yang diminta di kotak bertanda *.
  • Selepas tu, anda boleh buat sebarang transaksi seperti topup, bayar bil dan banyak lagi.

Tak Boleh Login MyBSN

Kenapa selepas mendaftar BSN online/MyBSN, saya still tak boleh masuk, apa perlu buat?

Tak perlu risau, sebab anda dapat selesaikan masalah itu melalui Customer Service Centre 1 300 88 1900.

Sila buat panggilan, dan bagi tahu pegawai BSN bahawa anda tidak dapat log masuk MyBSN.

Biasanya, pegawai BSN akan minta maklumat no ATM kad debit/kredit anda proses semakan dan pengaktifkan akaun BSN online atau MyBSN anda.

Jika anda mempunyai banyak waktu, anda boleh pergi ke mana-mana bank BSN terdekat untuk selesaikan masalah tersebut.


Soalan Lazim BSN Online

Beberapa hal atau perkara yang berlaku semasa mendaftar yang mungkin terjadi kepada anda, seperti:

1. Kod OTP/TAC Tidak Masuk ke Telefon Bimbit, Apa Perlu Buat?

OTP adalah salah satu langkah keselamatan untuk menjaga agar akaun anda tetap selamat, tanpa OTP anda tidak dapat membuat sebarang transaksi.

Jika OTP/TAC tak masuk ke no telefon bimbit anda, boleh jadi kerana anda masih menggunakan no telefon yang lama.

Anda dinasihatkan untuk segera mengemaskini no telefon BSN anda agar kod OTP/TAC dapat masuk ke no telefon baharu anda.

2. Macam Mana Cara Tukar Nombor Telefon BSN?

Anda dapat menukar no telefon lama dengan yang baru di kaunter atau bank BSN terdekat.

Pertukaran no telefon di ATM BSN atau melalui online sudah di tiadakan.

Langkah cara menukar no telefon di bank BSN.

  • Sila pergi ke mana-mana bank BSN terdekat.
  • Ambil nombor giliran.
  • Tunggu nombor giliran anda di panggil.
  • Sila bagitahu pegawai bank bahawa anda ingin kemaskini no telefon BSN lama dengan yang baharu.
  • Tunggu beberapa minit, no telefon BSN selesai di kemaskini.

3. Di Skrin Terpapar Unable to Process Your Request, Apakah Itu?

Perlu diketahui bahawa, jika berlaku “Unable to process your request” sebelumnya anda pernah cuba daftar tapi tak berjaya.

Masalah dapat diselesaikan dengan buat telefon Customer Service Centre 1 300 88 1900.


Itulah maklumat mengenai cara mendaftar internet banking BSN yang boleh anda ikuti.

Perbankan Internet tidak dapat dinafikan inovasi terkini yang dapat memudahkan pelanggan melakukan transaksi. Terutamanya, jika urus niaga antara bank.

Kerjasama antara BSN dengan bank lain di Malaysia tentunya mempunyai kesan positif terhadap semua pihak.