Cara Claim Insurans Kereta Kemalangan

imej cover cara claim insurans kereta kemalangan

Cara Claim Insurans Kereta Kemalangan – Kecelakaan jalan raya dapat disebabkan oleh pelbagai faktor.

Seperti kecuaian, terbabas, masuk laluan bertentangan, mengekori kenderaan terlalu rapat dan banyak lagi. Ini adalah antara punca-punca biasa bagi kemalangan jalan raya.

Oleh itu, adalah penting bagi setiap pemilik kenderaan untuk mempunyai insurans supaya kos pembaikan dapat ditanggung oleh syarikat insurans yang dipilih.

Namun, bagaimana cara membuat tuntutan insurans kenderaan anda? (claim loss of use kereta).

Di sini, kami akan berkongsi cara membuat tuntutan insurans kereta anda untuk membantu anda dalam proses tersebut.

Cara Claim Insurans Kereta Kemalangan Sendiri

Jika anda ingin membuat tuntutan untuk kerosakan sendiri ketika menggunakan perlindungan komprehensif, berikut adalah penjelasannya:

Perkara Yang Boleh Dituntut

  1. Jika kemalangan berlaku akibat kesilapan anda, anda boleh membuat tuntutan Kerosakan Sendiri;
  2. Jika kemalangan TIDAK berlaku akibat kesilapan anda, anda boleh membuat tuntutan Kerosakan Sendiri Knock-for-Knock (bukan tuntutan pihak ketiga).

Dokumen Sokongan

  1. Borang tuntutan lengkap
  2. Salinan asli laporan polis, kad pengenalan dan lesen memandu (untuk pemandu dan pemegang polisi) dan sijil pemilikan kenderaan
  3. Gambar kejadian kemalangan dan kerosakan pada kenderaan
  4. Dokumen polis yang menunjukkan siapa yang dikenakan kompaun untuk kesalahan jalan raya.

Cara Claim Insurans Kemalangan Sendiri

Ini adalah panduan proses tuntutan insurans untuk membuat tuntutan insurans kemalangan diri untuk membaiki kerosakan kereta anda:

  1. Nilai kerosakan kereta anda secepat mungkin. Jika kenderaan anda mengalami kerosakan yang teruk dan memerlukan perkhidmatan tunda, hubungi syarikat insurans anda.
  2. Ambil gambar kenderaan, termasuk kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
  3. Pertukarkan maklumat peribadi dengan pihak yang terlibat dalam kemalangan dan ambil nombor telefon, nama penuh, dan nombor kad pengenalan dengan sopan.
  4. Secepat mungkin bawa kereta anda ke balai polis dan buat laporan dalam masa 24 jam.
  5. Hantar kereta anda ke bengkel yang dilantik oleh syarikat insurans untuk memperbaiki kerosakan di bawah tuntutan insurans.
  6. Sediakan dan serahkan dokumen yang diperlukan untuk proses tuntutan, termasuk salinan asal laporan polis, polisi insurans, salinan kad pengenalan dan lesen memandu.
  7. Selepas selesai, bengkel akan menangani proses tuntutan insurans anda untuk memperbaiki kereta anda.

Cara Claim Tuntutan Kemalangan Pihak Ketiga

Anda juga berpeluang untuk membuat tuntutan pihak ketiga jika anda tidak bertanggungjawab dalam kemalangan dan tiada tuntutan NCD anda yang terjejas. Ini adalah cara untuk membuat tuntutan tersebut:

Perkara yang boleh dituntut

  1. Kerosakan pada kenderaan atau harta anda akibat kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh pihak lain;
  2. Kerugian kewangan lain seperti kos tambahan dan kerugian penggunaan.

Dokumen Sokongan

  1. Salinan laporan polis asal, kad pengenalan dan lesen memandu (pemandu dan pemilik polisi) dan sijil pemilikan kenderaan;
  2. Laporan adjuster;
  3. Bil pembaikan kenderaan anda;
  4. Gambar kemalangan dan kerosakan pada kenderaan;
  5. Dokumen polis yang menyatakan pihak yang dipersalahkan dalam kesalahan jalan raya.

Cara Claim Insurans Kemalangan Pihak Ketiga

Berikut adalah langkah-langkah cara untuk membuat tuntutan insurans kemalangan kereta bagi kemalangan pihak ketiga:

  1. Buat penilaian segera kerosakan pada kenderaan anda dan kenderaan pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan.
  2. Ambil gambar kenderaan termasuk kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
  3. Saling tukar maklumat peribadi dengan pihak yang turut terlibat dengan mengambil nombor telefon, nama penuh, dan nombor kad pengenalan dengan cara yang baik.
  4. Segera bawa kereta anda ke balai polis dan buat laporan dalam tempoh 24 jam. Pastikan anda mendapatkan salinan laporan polis.
  5. Bawa kereta anda ke bengkel panel insurans atau bengkel yang diluluskan oleh insurans untuk membuat penilaian kerosakan kereta.
  6. Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan asal laporan polis, polisi insurans, salinan kad pengenalan dan salinan lesen memandu.
  7. Pihak adjuster insurans akan membuat penilaian terhadap tuntutan anda. Pastikan anda memberikan maklumat yang lengkap dan benar kepada adjuster insurans.
  8. Setelah proses penilaian selesai, insurans akan memberikan bayaran atau pembaikan kenderaan pihak ketiga mengikut polisi insurans anda.

Cara Mengelakkan Kemungkinan Tuntutan Ditolak

Untuk memastikan tuntutan insurans anda diproses dengan cepat dan mengelakkan daripada ditolak, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira:

  1. Beritahu syarikat insurans mengenai kemalangan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh kemalangan;
  2. Pastikan butiran dan maklumat yang dinyatakan lengkap sebelum membuat tuntutan insurans;
  3. Sediakan butiran dan dokumen sokongan yang terperinci untuk menerangkan kehilangan atau kerosakan yang ingin dituntut;
  4. Pastikan kenderaan bukan digunakan untuk tujuan komersial seperti sewaan atau pengangkutan barang;
  5. Jika perlu, nyatakan maklumat tambahan mengenai individu, kenderaan atau harta benda yang terlibat;
  6. Pastikan maklumat polisi dan butiran kemalangan seperti tarikh, jenis kerosakan, lokasi dan sebagainya dinyatakan dengan jelas, tepat dan benar.

FAQ

Berapa lama duit insuran kemalangan dapat cair ?

Biasanya, proses untuk menuntut insurans untuk kes kecurian atau kemalangan mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan atau lebih

Bergantung kepada tahap kompleksiti tuntutan tersebut.

Walaubagaimanapun, jika siasatan kecurian atau kemalangan dapat diselesaikan tanpa sebarang masalah, tuntutan biasanya akan diproses secepat mungkin.

Adakah Kehilangan Ncd Ketika Membuat Tuntutan?

Jika anda membuat tuntutan untuk membaiki kerosakan kereta sendiri tanpa kesalahan, hak

Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) anda tidak akan terjejas.