Cara Buat Temujanji Lhdn

imej cover cara buat temujanji lhdn

Cara Buat Temujanji Lhdn – Untuk makluman anda, mulai (akan dikemaskini), pemohon boleh membuat rayuan STR di kaunter STR yang akan beroperasi sepenuhnya melalui janji temu yang boleh dipohon secara dalam talian (online).

Hanya pemohon yang membuat janji temu secara dalam talian yang dibenarkan berurusan di kaunter STR LHDNM.

Jika anda tidak membuat janji temu (lhdn appointment), anda mungkin tidak dibenarkan untuk membuat urusan rayuan di kaunter.

Syarat Permohonan Janji Temu Ldhn

Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon Janji Temu LHDN:

  • Hanya satu tarikh sahaja dibenarkan bagi setiap No MyKad Pemohon.
  • Kemaskini hanya dibenarkan selewatnya tiga hari sebelum tarikh Janji Temu.
  • Slot masa akan dipaparkan berdasarkan kekosongan masa Janji Temu. Satu slot masa hanya diperuntukkan untuk tiga (3) orang pemohon.
  • Permohonan Janji Temu tidak dibenarkan pada tarikh cuti umum dan tarikh yang sama dengan tarikh permohonan.
  • Captcha perlu diisi sebelum menghantar permohonan.

Borang Temujanji Lhdn

Untuk melihat borang yang perlu anda hantar, anda boleh merujuk kepada laman web ini https://www.hasil.gov.my/hubungi-kami/e-janji-temu-hasil/.

Waktu Operasi Temu Janji Lhdn

Bermula dari 1 Julai 2021, kaunter perkhidmatan percukaian akan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Buat Temujanji Lhdn

Berikut adalah panduan untuk membuat Janji Temu LHDN secara atas talian:

1. Kunjungi laman web https://janjitemu.hasil.gov.my/

2. Pilih jenis urusan yang dikehendaki (cara buat temujanji lhdn untuk stamping)

3. Isi semua maklumat yang diminta sehingga lengkap

Imej langkah 1 Buat Temujanji Lhdn
Imej langkah 1 Buat Temujanji Lhdn (cara buat temujanji lhdn online)

4. Isi Borang Permohonan Temu Janji Online dengan lengkap

5. Tekan butang “Hantar” untuk menghantar permohonan

Imej langkah 2 Buat Temujanji Lhdn
Imej langkah 2 Buat Temujanji Lhdn

6. Pemohon akan menerima borang permohonan Janji Temu melalui emel.

Imej langkah 3 Buat Temujanji Lhdn
Imej langkah 3 Buat Temujanji Lhdn

FAQ

Bolehlkah tukar tarikh atau pembatalan temujanji ldhn ?

Untuk makluman anda, anda berpeluang untuk menukar tarikh atau membatalkan janji temu selewat-lewatnya satu (1) hari sebelum tarikh yang telah dipilih