Cara Buat Temu Janji Kwsp – Platform ini memudahkan Ahli KWSP untuk merancang janji temu dengan cawangan KWSP pada tarikh dan masa tertentu bagi mendapatkan perkhidmatan tertentu.
Sebelum melawat kaunter KWSP, Ahli perlu membuat janji temu secara online terlebih dahulu melalui portal KWSP.
Pastikan untuk menempah tempahan slot dengan cawangan yang diingini untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini semasa pelawatan ke kaunter KWSP.
Tempoh Untuk Membuat Permohonan Janji Temu Kwsp Online
Ahli diberikan kebebasan untuk membuat permohonan Janji Temu Online sehingga 30 hari sebelum tarikh yang dikehendaki dan paling lewat 1 jam sebelum masa janji temu.
Namun ia tertakluk kepada ketersediaan slot janji temu pada tarikh dan waktu yang dimohon. Contohnya, jika Ahli membuat permohonan Janji Temu Online pada hari Selasa jam 11.00 pagi.
Ahli boleh memilih slot janji temu seawal jam 12.00 tengahari pada hari yang sama untuk hadir ke cawangan KWSP, namun kekosongan slot janji temu di cawangan tersebut harus diambil kira.
Jika Ahli membuat permohonan Janji Temu Online pada hari Selasa jam 4.00 petang, Ahli boleh memilih untuk hadir ke cawangan KWSP seawal jam 8.30 pagi hari Rabu, tetapi kekosongan slot janji temu di cawangan tersebut juga perlu diperhatikan.
Cara Cara Buat Temujanji Kwsp Online
Untuk membuat permohonan janji temu, langkah-langkah (kwsp appointment online) seperti berikut:
- Pergi ke laman Web KWSP di www.kwsp.gov.my dan klik pada pautan Janji Temu Online
- Isi butiran diri dan tujuan janji temu.
- Pilih cawangan dan slot masa untuk temu janji anda.
- Patuhi tarikh dan masa janji temu yang ditetapkan di cawangan. Jika hadir lewat, permohonan janji temu akan dibatalkan secara automatik dan perlu membuat janji temu pada tarikh yang baru.
- Jika ada sebarang masalah, hubungi Pusat Panggilan Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 (no rujukan janji temu kwsp).
Disarankan agar ahli tiba sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan pada tarikh janji temu.
Selain itu, pihak Kerajaan Malaysia menasihatkan agar mematuhi saranan seperti menjalani saringan suhu badan, memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial, dan menggunakan hand sanitiser.
Ahli juga dikehendaki untuk mendaftar masuk (check-in) dengan mengimbas kod QR yang tertera pada pintu masuk utama premis KWSP menggunakan aplikasi MySejahtera.
FAQ
Bolehkah datang ke kaunter kwsp sebelum buat temu janji ?
jawabannya ialah tidak, anda perlu membuat permohonan temujanji KWSP terlebih dahulu sebelum hadir ke kaunter
Bila kaunter KWSP beroperasi?
Kaunter KWSP hanya beroperasi pada hari bekerja dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang sahaja
Bilakah waktu sesuai untuk hadir ke kaunter kwsp
Disarankan agar ahli hadir 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan pada tarikh temujanji untuk memudahkan urusan
Bolehkah tukar janji temu kwsp ? (temujanji kwsp terkini)
Ahli boleh menukar tarikh atau membatalkan janji temu selewat-lewatnya 8 jam sebelum tarikh yang ditetapkan
Permohonan untuk menukar atau membatalkan janji temu boleh dilakukan melalui pautan yang disertakan dalam notis pengesahan permohonan yang dihantar melalui e-mel atau khidmat pesanan ringkas (SMS).
Berapa orang boleh hadir ke cawangan kwsp untuk sebuah urusan
Satu ahli sahaja dibenarkan untuk berurusan dalam satu temujanji. Contohnya, jika ahli ingin berurusan di kaunter KWSP bersama pasangan atau ahli keluarga lain.
Tempahan untuk mendapatkan slot janji temu perlu dibuat secara berasingan. (kwsp ipoh temujanji)