Notice: Undefined index: id in /var/www/tailorwp.com/htdocs/wp-content/plugins/seo-by-rank-math/includes/opengraph/class-image.php on line 130

Cara Aktifkan Semula Maybank2u

Jika Maybank2u anda disekat, sudah tentu anda sebagai pelanggan bank akan merasa kesusahan.

Terutama jika anda perlu memindahkan dana atau pembayaran bil dalam keadaan kecemasan dan apalagi tidak ada mesin ATM yang berdekatan.

Sebetulnya, penyekat Maybank2u ini sebahagian besar berlaku kerana kesalahan pelanggan itu sendiri.

Boleh jadi kerana lupa kata laluan atau sudah lama tidak login M2U, atau akaun simpanan anda termasuk ke dalam status Dorman.

Akaun Dorman iaitu akaun yang tidak mempunyai transaksi (deposit atau pengeluaran tidak termasuk caj yang dikenakan atau faedah yang dikreditkan) untuk tempoh berterusan selama sekurang-kurangnya 12 bulan, adakalanya dirujuk sebagai akaun yang tidak aktif.

Berikut kami kongsikan mengenai cara mudah aktifkan semula akaun Maybank2u.


Cara Aktifkan Semula Maybank2u

Cara Aktifkan Semula Maybank2u

Adakah cara yang dapat saya lakukan untuk mengelakan status akaun Dorman?

Cara yang paling mudah untuk memastikan bahawa terdapat beberapa transaksi yang dibuat dalam akaun anda.

Anda harus membuat transaksi pengeluaran atau deposit wang di kaunter, walaupun dalam jumlah yang kecil, contoh RM30.

Berikut adalah beberapa cara untuk mengaktifkan akaun dorman:

  • Anda sebagai pemegang akaun hadir sendiri di mana-mana cawangan bersama dokumen pengenalan diri yang sah dan memohon untuk mengaktifkan akaun dorman. Sila bawa kad pengenakan/pasport, kad ATM dan buku simpanan.
  • Anda sebagai pemegang akaun harus melakukan transaksi pengeluaran wang tunai di kaunter.
  • Anda sebagai pemegang akaun menghantar surat atau memulangkan Notis yang dihantar oleh bank memohon untuk mengaktifkan semula akaun dormant tersebut. Tandatangan pemegang akaun pada surat/notis mestilah selaras dengan rekod tandatangan dalam simpanan Bank.
  • Pihak ketiga menyediakan surat pengesahan daripada pemegang akaun yang memberi kuasa kepada pihak ketiga untuk membuat deposit ke dalam akaun. Tandatangan pemegang akaun pada surat pengesahan tersebut mestilah selaras dengan rekod tandatangan dalam simpanan Bank.

1. Facebook

Sila cuba aktifkan semula maybank2u internet banking anda melalui Facebook Maybank.

Berikut langkah-langkah cara mengaktifkan semula Maybank2u, iaitu:

  • Sila log masuk akaun Facebook anda.
  • Cari Facebook Maybank Malaysia atau buka laman https://web.facebook.com/Maybank
  • Sila hantar mesej atau PM (Private Message). Bagitau maksud anda, bahawa anda ingin aktifkan semual akaun Maybank2u.
  • Kemudian, pihak bank akan tanya problem anda secara detail dan akan meminta detail informasi Nama Penuh, IC no dan nombor telefon.
  • Selepas tu, staff Maybank akan menghubungi anda dan informasi detail lagi nama penuh, IC no, nombor telefon, no Account dan 16 digit nombor kad ATM Anda.
  • Pihak bank akan suruh anda untuk log masuk di sistem Maybank2u untuk memastikan akaun M2U anda telah aktif.

2. Telefon Maybank

Cara lain untuk mengaktifkan kembali akaun Maybank2u anda boleh menggunakan sambungan telefon di talian 1-300 88 6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (Overseas).

Sila bagitau maksud anda kepada pegawai bank, bahawa anda ingin mengaktifkan semula akaun M2u Anda.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai kad Maybank hilang, akaun dorman, wang tidak dituntut, dan akaun tamat tempoh.

Sila hubungi customer service Maybank di talian 1300 886688, pegawai bank akan sedia membantu anda menyelesaikan masalah.

3. Bank

Jika anda mempunyai banyak waktu, sila pergi ke cawangan Maybank terdekat atau ke tempat dimana anda pertama buat akaun Maybank.

Sila membawa kad pengenalan/IC, kad ATM dan buku simpanan. Sehingga akaun M2U anda dapat aktif lagi.

4. Emel

Sila hantar emel yang berisi maklumat detail akaun M2U dan maksud anda menghantar emel ke alamat [email protected]

Kemudian, anda sila tunggu staff Maybank reply emel anda.


Itulah pelbagai cara bagaimana nak aktifkan semula akaun Maybank2u Internet Banking.

Semoga maklumat yang kami kongsi di atas dapat bermanfaat untuk anda. 😀