Notice: Undefined index: id in /var/www/tailorwp.com/htdocs/wp-content/plugins/seo-by-rank-math/includes/opengraph/class-image.php on line 130

Cara Aktifkan Semula Akaun BSN

Macam mana cara aktifkan semula akaun BSN yang sudah lama tidak digunakan dan kad ATM BSN disekat/hilang?

Apa perlu saya buat untuk mendapatkan semula akaun BSN saya?

Kes di atas boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, jika anda adalah orang yang terkena masalah tersebut, jangan risau!

Kerana, kami akan kongsi cara dapatkan semula akaun BSN anda. Mahu tahu? Mari lihat perbincangan berikut.


Syarat Reactivate Akaun BSN

Syarat Reactivate Akaun BSN

Berikut adalah syarat dan dokumen yang diperlukan untuk mengaktifkan semula akaun BSN, iaitu:

  • IC atau Kad Pengenalan.
  • Buku Bank.
  • Wang RM20 (kos pentadbiran) jika ada.
  • Kad ATM BSN.

Cara Aktifkan Semula Akaun BSN

Cara Aktifkan Semula Akaun BSN

Untuk mengaktifkan semula akaun tidak aktif, sila lakukan deposit/pengeluaran tunai di mana-mana cawangan bank BSN oleh pelanggan tertakluk kepada pengesahan identiti pelanggan.

Tiada caj dikenakan untuk pengaktifan semula akaun tidak aktif.

Langkah-langkah reactivate akaun BSN di cawangan bank:

  • Pertama sekali, lawati ke mana-mana cawangan bank BSN terdekat.
  • Bagitahu maksud dan tujuan anda kepada pegawai bank, bahawa anda ingin aktifkan semula akaun dan kad BSN yang mati.
  • Pegawai akan meminta anda menyerahkan kad pengenalan dan buku bank.
  • Tunggu beberapa minit, pegawai bank BSN akan aktifkan akaun dan kad ATM BSN anda.
  • Tahniah, akaun bank BSN dan kad ATM BSN anda sekarang sudah aktif.

Kad ATM BSN Disekat

Kad ATM BSN Disekat

Kad ATM BSN disekat boleh berlaku kerana kesalahan anda, seperti anda salah masukkan PIN ATM beberapa kali.

Jika perkara ini berlaku kepada anda, sila ikuti panduan cara unblock kad ATM BSN berikut:

  • Sila hubungi call center BSN di nombor 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara).
  • Sila membawa kad debit/kredit, kad pengenalan, dan buku bank.
  • Pegawai bank BSN akan meminta dokumen seperti kad pengenalan dan kad ATM BSN untuk proses pengesahan.
  • Bagitahu semua maklumat yang ditanyakan oleh pegawai tersebut.
  • Tunggu beberapa minit, pegawai bank akan unblock kad ATM BSN anda.
  • Sekarang anda boleh gunakan semula kad ATM BSN.

Kad ATM BSN Hilang

Kad ATM BSN Hilang

Macam mana jika kad ATM BSN saya hilang, apa perlu saya buat?

Jika kad debit ATM BSN anda hilang, sila ikuti panduan cara dapatkan semula kad ATM BSN yang hilang berikut:

  • Pergi ke mana-mana cawangan bank BSN terdekat dengan membawa kad pengenalan, buku bank dan wang RM20.
  • Bagitahu pegawai bank BSN bahawa anda ingin dapatkan kad ATM baru.
  • Pegawai bank akan meminta anda menyerahkan dokumen seperti kad pengenalan dan buku bank.
  • Pegawai bank akan buat baru dan kemaskini kad ATM BSN anda.
  • Sila bayar kos pembuatan kad ATM BSN.
  • Tahniah, sekarang anda sudah mempunyai kad ATM BSN baharu.

Itulah panduan cara aktifkan semula kad ATM BSN dan akaun bank BSN secara online dan melalui cawangan bank BSN.