Bantuan Kuarantin Covid NADMA 2022

Bantuan NADMA yang dilancarkan melalui Tabung Covid-19 iaitu bayaran bantuan RM100 sehari sepanjang tempoh khas untuk rakyat Malaysia yang dikenakan.

Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Atau, menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).

Dengan penularan virus varian delta dan omicron apa sahaja boleh berlaku sekarang, dan yang bagusnya bantuan ini diteruskan untuk tahun 2022 ini.

Berikut adalah info lanjut beserta syarat kelayakan termasuklah cara permohonan Tabung COVID-19 menerusi bantuan NADMA.


Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon bantuan khas Covid-19 NADMA, iaitu:

  • Warganegara Malaysia yang bekerja, tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID19.

NOTA: Bantuan ini dikhususkan bagi mereka yang menerima surat Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti yang dinyatakan di atas.

Pemohon yang tidak layak, seperti:

  • Bukan Warganegara Malaysia asli.
  • Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
  • Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

Kadar Bantuan NADMA Covid-19

Kadar bantuan NADMA adalah RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Atau, menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat COVID-19.

Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Selain bantuan NADMA, kerajaan juga memaklumkan bahawa mereka yang dimasukkan ke wad disebabkan virus Covid-19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setahun melalui skim MySalam.


Cara Permohonan Bantuan NADMA Covid-19

Bagi membuat permohonan bantuan khas NADMA Covid-19 ini, orang awam yang terjejas boleh ikuti langkah-langkah berikut:

1. Sila lawati dan baca garis panduan dengan teliti melalui laman berikut:

2. Kemudian sertakan beberapa dokumen wajib berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  • Surat Perintah Kuarantin COVID-19 dari KKM (Annex 14 / Annex 17) atau Discharge Note / Medical Certificate dari hospital bagi pesakit yang dirawat kerana COVID-19.
  • Salinan muka depan penyata bank / buku akaun bank yang masih aktif.

3. Muat turun dan lengkapkan dokumen-dokumen beritkut:

4. Selepas tu, anda hantar permohonan lengkap kepada:

  • Whatsapp 011-13218056 khusus untuk penghantaran dokumen sahaja. (Panggilan dan pertanyaan tidak akan dijawab).
  • Emel ke [email protected].
  • Pos kepada:
    Ketua Pengarah
    Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
    Jabatan Perdana Menteri
    Aras 7, Blok D5, Kompleks D
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62502 PUTRAJAYA
    (u.p. : Sekretariat KWABBN: Bantuan Khas COVID-19)

Nota: Permohonan dan dokumen Asal KKM yang dipos akan terus diproses secara fast track dan tidak memerlukan semakan silang dengan data KKM.

Permohonan dan dokumen yang diterima melalui whatsapp dan email akan melalui proses semakan data KKM.


Semakan Status Bantuan NADMA Covid-19

Setelah memohon, borang dan dokumen anda akan diproses oleh pihak NADMA.

Anda boleh membuat semakan dari semasa ke semasa untuk mengetahui status permohonan anda di pautan berikut:

https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/

Status LULUS akan dimaklumkan seperti berikut:

Semakan Status Bantuan NADMA Covid-19 Berhasil

Soalan Lazim dan FAQ

Terdapat beberapa soalan lazim dan FAQ mengenai bantuan NADMA Covid-19, iaitu:

1. Bila Tarikh Tutup atau Tarikh Akhir Dibenarkan Untuk Hantar Permohonan?

Buat masa ini, tiada tarikh akhir atau tarikh tutup permohonan.

2. Berapa Jumlah Bantuan Yang Akan Saya Terima?

RM100 dan maksimum adalah sebanyak RM1400 untuk 14 hari kuarantin Covid-19.

3. Jika Saya Ada Pertanyaan, Dengan Siapa Patut Saya Hubungi?

Boleh terus call di nombor 03-88704800 atau hantar soalan anda di emel ([email protected]).


Tahniah yang telah menerima bantuan nadma kerana kuarantin covid, yang belum akan menyusul tidak lama lagi.

Semoga maklumat mengenai bantuan NADMA Covid-19 di atas dapat membantu dan bermanfaat. 😀