Ambank adalah syarikat perbankan dari Malaysia yang menawarkan kemudahan dan pelbagai manfaat dalam setiap transaksi yang dibuat.
Bagi anda pengguna perkhidmatan perbankan Ambank, ciri perbankan internet Ambank boleh menjadi perkhidmatan terbaik untuk membantu anda melakukan transaksi.
Tetapi sebelum menggunakan perkhidmatan internet banking, anda mesti mendaftar terlebih dahulu.
Lantas, bagaimana cara daftar Ambank Online? Mahu tahu? Mari lihat perbincangannya berikut.
1. Ambank Online Banking Register
Kami mengesyorkan anda mendaftar AmOnline guna peranti komputer riba dan pastikan sambungan internet anda bagus.
Kenapa? Kerana, supaya dalam proses pendaftaran internet banking AmBank boleh berjaya.
Coba anda ikuti langkah-langkahnya berikut ini:
- Pertama sekali, layari laman rasmi https://ambank.amonline.com.my.
- Kemudian, anda klik Register.
- Masukkan Username, Password, Confirm Password dan pilih Imej Keselamatan. Klik Continue.
- Pilih Jenis ID. Contoh KP Baharu.
- Masukkan Nombor KP anda.
- Masukkan Alamat Emel.
- Masukkan Nombor Telepon anda.
- Pilih jenis akaun mahupun kad yang anda miliki. Contoh Kad Debit.
- Masukkan Nombor Kad Debit.
- Masukkan PIN Kad. Klik Continue.
- Sila beri tanda tick pada I agree with the Terms & Conditions. Klik Continue.
- Masukkan kod TAC.
- Tahniah, pendaftaran anda telah berjaya.
2. Ambank Online Banking Login
Selepas anda berjaya mendaftar akaun Ambank online banking. Sekarang cuba log masuk dengan ikuti langkah berikut ini:
- Pertama sekali, layari laman rasmi https://ambank.amonline.com.my.
- Kemudian, anda klik Login.
- Selepas tu, masukkan Username, klik Login.
- Sahkan Imej Keselamatan, sekiranya betul itu imej keselamatan anda. Klik Yes.
- Seterusnya, masukkan Password, klik Login.
- Tahniah,anda berjaya log masuk Ambank Online.
Anda wajib mempunyai akaun AmOnline untuk menikmati perkhidmatan internet banking jika anda sering membuat transaksi seperti transfer duit, semak baki akaun Ambank dan lain-lain.
Sekiranya Anda mendapat masalah, sila hubungi customer service Ambank melalui:
- Nombor customer service Ambank (603) 2178 8888 (24 hours)
- Email : [email protected]
Itulah beberapa maklumat mengenai bagaimana cara daftar internet banking Ambank online.
Semoga maklumat yang kami kongsikan tadi dapat bermanfaat untuk anda 😀