Aktifkan Kad Debit Bank Islam

Punya impian pergi bercuti ke luar negara Malaysia?

Sila siapkan dahulu kad debit Bank Islam anda sebelum pergi bercuti, supaya anda boleh lakukan transaksi kewangan dengan selamat.

Jadi sebelum pergi ke luar, anda perlu aktifkan kad debit Bank Islam supaya anda boleh gunakan duit di akaun bank Islam.

Sila ikuti langkah berikut ini bagi tujuan aktifkan kad debit Bank Islam.


Syarat Aktifkan Kad Debit Bank Islam

Syarat Aktifkan Kad Debit Bank Islam

Senarai syarat berikut ini mesti anda sediakan, supaya proses aktifkan kad debit boleh berjaya seperti:

  • Mempunyai kad debit Bank Islam yang masih aktif.
  • Jika sudah berada di luar negara, anda perlu buat panggilan telepon antarabangsa (oversaes).
  • Anda masih lagi belum ke luar negara.

Cara Aktifkan Kad Debit Bank Islam

Bermula sejak tahun lalu, perkhidmatan atau urus niaga yang melibatkan transaksi luar negara mesti melakukan permohonan activate atau aktifkan kad debit Bank Islam bagi tujuan keselamatan.

Di sini, terdapat beberapa cara untuk aktifkan kad debit Bank Islam, iaitu seperti:

1. Cara Aktifkan Kad Debit Bank Islam Secara Online

Sila guna cara dibawah ini untuk aktifkan kad debit bank Islam secara online:

  • Pertama sekali, anda layari https://cif.bankislam.com.my/CNP
  • Kemudian, masukkan butiran maklumat pada borang yang dipaparkan.
    Cara ke-1 Aktifkan Kad Debit Bank Islam Secara Online
  • Pada Customer Name, masukkan nama anda.
  • Pada NRIC No.(New), masukkan Mykad baru anda.
  • Pada NRIC No.(Old), masukkan sekiranya anda mempunyai Mykad lama.
  • Pada Debit Card No, masukkan nombor kad debit anda bagi tujuan cara aktifkan kad debit Bank Islam.
  • Pada Card Expired Date, masukkan bulan dan tahun tamat tempoh kad anda.
  • Pada Last Transaction, masukkan maklumat tentang transaksi terakhir anda.
  • Kemudian pada Mobile No, masukkan nombor telepon anda.
  • Lalu pada Office No, masukkan nombor pejabat anda, sekiranya bila ada.
  • Sepelas tu pada House No, masukkan nombor telepon rumah pada ruang sekiranya ada.
  • Seterusnya pada Emel Address, masukkan emel anda pada ruang.
  • Pada bahagian I Wish to Active, sila pilih Online Transaction (transaksi online) atau Oversaes Transaction (transaksi luar negara) atau Both (kedua-dua sekali).
  • Klik atau tandakan √ pada kotak Please Tick If You Want to Specity The Expiry Date, sekiranya anda ingin menyatakan tamat tempoh transaksi.
  • If Date Is Not Specified, The Service Will be Activated Until Card’s Expiry Date, notis ini bagitau anda sekiranya anda tidak klik pada tamat tempoh, perkhidmatan bagi Online dan Oversaes Transaction akan diaktifkan sehingga tamat tempoh kad debit anda.
  • Pada Activation Start, pilih tarikh mula pengaktifkan kad debit anda.
  • Pada Activation End, pilih tarikh akhir pengaktifan kad debit anda.
  • Kemudian, taip semula Captcha/Gambar pada ruangan Word Verification.
  • Baca syarat dan terma lalu klik pada kotak √ I HEREBY CONFIRM THAT I HAVE READ AND UNDERSTAND THE INFORMATION AND RISK ASSOCIATED TO CNP AND OVERSEAS TRANSACTION AS STATED ABOVE. I ACKNOWLEDGE AND AFFIRM THAT ALL THE INFORMATION PROVIDED IS TRUE.
    Cara ke-2 Aktifkan Kad Debit Bank Islam Secara Online
  • Seterusnya, anda klik butang Submit.

2. Cara Aktifkan Kad Debit Bank Islam Melalui Talian Khidmat

Cara Aktifkan Kad Debit Bank Islam Melalui Talian Khidmat

Selain tu, anda boleh guna sambungan telepon untuk aktifkan kad debit Bank Islam, sila ikuti langkah berikut:

  • Pertama sekali, ana hubungi 03-26 900 900.
  • Cakap kepada pegawai bank, bahawa anda mahu aktifkan kad debit Bank Islam.
  • Sila ikuti arahan pegawai bank, kebiasaannya pegawai bank akan bertanya beberapa soalan seperti nombor kad pengenalan, nombor kad ATM, atau lain-lain bagi tujuan pengesahan.
  • Selepas tu, pegawai bank akan aktifkan kad debit Bank Islam anda.

Itulah panduan cara active debit card Bank Islam secara online dan melalui talian khidmat.

Selepas anda pergi bercuti, sila semak penyata Bank Islam bagi tujuan melihat senarai transaksi yang telah dilakukan.

Semoga dapat membantu dan bermanfaat 😀

Leave a Comment